TIME FRAME CANDLESTICK
TIME FRAME CANDLESTICK
Time Frame ialah jangka masa ataupun tempoh masa bagi setiap candlestick ataupun bar chart yang digunakan.
Lebih kecil Time Frame, bermaksud graf akan menunjukkan pergerakan yang lebih kecil. Selain itu, time frame akan membantu mengenalpasti harga tertinggi atau terendah dalam tempoh tertentu bergantung kepada jenis Time Frame yang di pilih.
Carta pergerakan saham memiliki pelbagai jenis Time Frame yang memberi pilihan kepada pedagang saham untuk mengkaji carta pergerakan harga aham, yang disesuaikan dengan teknik dan trading plan yang digunakan.
Antara Time Frame yang sering digunakan oleh pedagang saham adalah Time Frame 1 minit untuk pembelian jangka masa singkat (short term) dan 1 hari untuk pembelian jangka masa sederhana (mid term).
Di bawah adalah penerangan bagaimana setiap Time Frame candlestick terhasil.
TIME FRAME : 5 MINIT DAN 1 MINIT

Pembentukan candlestick untuk 5 minit time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari minit pertama ke 5 minit seterusnya, sebagai contoh, pada pukul 09:00 hingga 09:05 dan seterusnya.
TIME FRAME : 15 MINIT DAN 1 MINIT

Pembentukan candlestick untuk 15 minit time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari minit pertama ke 15 minit seterusnya, sebagai contoh, pada pukul 09:00 hingga 09:15 dan seterusnya.
TIME FRAME : 30 MINIT DAN 1 MINIT

Pembentukan candlestick untuk 30 minit time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari minit pertama ke 30 minit seterusnya, sebagai contoh, pada pukul 09:00 hingga 09:30 dan seterusnya.
TIME FRAME : TIME FRAME : 1 HARI DAN 1 MINIT

Pembentukan candlestick untuk 1 hari time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dalam sehari bermula dari pembukaan pasaran sehingga tutupnya pasaran saham, sebagai contoh, pada pukul 09:00 pagi hingga 17:00 petang dan seterusnya.
TIME FRAME : 1 MINGGU DAN 1 HARI

Pembentukan candlestick untuk 1 minggu time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari hari isnin hingga hari jumaat dan seterusnya.
TIME FRAME : 1 BULAN HARI DAN 1 HARI

Pembentukan candlestick untuk 1 Bulan time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari hari pertama dalam bulan tertentu hingga ke hujung bulan, sebagai contoh, bermula dari hari pertama pasaran saham di bulan Mei 2023 hingga 31 Mei iaitu hari terakhir pada bulan Mei 2023 dan seterusnya.
TIME FRAME : 1 TAHUN DAN 1 BULAN

Pembentukan candlestick untuk 1 Tahun time frame adalah merangkumi pergerakan carta harga saham dari bulan pertama pada tahun tertentu hingga ke hujung tahun, sebagai contoh, bermula dari bulan pertama pasaran saham 2023 iaitu Januari hingga Disember
