top of page
Search
Writer's pictureJERUNG SAHAM

Trading Heroes: Paul Rotter – Teknik Scalper (The Flipper)


Ringkasan kerjaya Paul Rotter dalam perdagangan

Paul Rotter dilahirkan di Czech Republic, kemudian berpindah ke German semasa berumur 9 tahun. Pada 1990-an, Paul Rotter memulakan kerjaya di HypoVereinsbank Munich, German selama 1 tahun dengan diberi tugasan menguruskan akaun customer bank, untuk didagangkan menggunakan sistem komputer iaitu Deutsche TerminBorse (DTB – German futures exchange). Seterusnya, Paul Rotter meninggalkan HypoVereinsbank untuk bekerja di Daiwa Securities yang terletak di Frankfurt, German.


Seterusnya, Paul Rotter waktu ini sebagai Junior Trader telah belajar untuk berdagang dengan lebih terperinci yang dibantu oleh seorang mentor iaitu chief trader. Waktu ini, Paul telah belajar membaca market spikologi atau lebih dikenali “bahasa saham”. Paul berkata, cara chief trader berdagang adalah dipengaruhi oleh psikologi market dan kurang bergantung pada indicator. Setiap tindakan membeli dan menjual adalah bergantung pada pendapatnya sendiri, bukan itu sahaja, chief trader ini kurang melaksanakan transaksi beli dan jual dalam masa yang singkat, tetapi keuntungannya berjaya dijana hampir setiap hari.

Seterusnya, Paul Rotter memulakan perdagang dengan modal yang sedikit di Daiwa Securities ini di DAX iaitu “main German stock market index”. Setelah 6 bulan berdagang di DAX, Paul Rotter menukar selera untuk berdagang di Geman Bond Market.


Kisah kejayaan Paul Rotter sehingga di beri gelaran sebagai “The Flipper” kerana teknik perdagangan yang sangat-sangat singkat iaitu membeli sesuatu kaunter, kemudian menjual dalam tempah berberapa minit dengan jumlah unit yang besar. Pada masa kini, teknik Paul Rotter ini lebih dikenali sebagai “Teknik Scalper”. Paul Rotter akan melaksanakan transaksi berdagang beli dan jual sehingga 100 kali dalam sehari. Hal ini terlalu hebat boleh dilakukan oleh seorang perdagang dalam sehari, sangat luar biasa. Paul Rotter hanya memerlukan 3 bid hingga 5 bid sahaja untuk menutup posisi atau mengambil keuntungan. Mengambil keuntungan yang sedikit, tetapi dengan banyak kali adalah sistem perdangan Paul Rotter.

Bukan itu sahaja, purata jumlah unit yang dibeli oleh Paul Rotter dalam sehari adalah diantara 100,000 hingga 200,000 unit, tetapi, sekiranya dalam keadaan market yang sedang bullish, Paul Rotter akan berdagang sehingga 1 juta kontrak dalam sehari. Menurut data laporan Eurex, Paul Rotter mencatat contrak jualan dan belian paling tinggi (volume) selama 8 tahun berturut-turut di Eurex debt futures.


Paul Rotter telah menjana keuntungan diantara 65 juta hingga 78 juta setahun selama 10 tahun berturut-turut dengan menggunakan teknik scalper ini. Kabar angin mengatakan, Paul Rotter mencipta keuntungan lebih dari 5 juta setiap bulan. Antara kisah kejayaan Paul Rotter yang terkenal adalah membantu satu firma perdagangan yang teletak di Dublin, Ireland. Seterusnya, hanya berbekalkan modal 1.3 juta telah dinaikkan menjadi 6.5 juta dengan hanya mengambil masa 3 bulan sahaja.


Kini Paul Rotter adalah legendary trader yang hebat sepanjang zaman dengan menggunakan teknik scalper iaitu “The Flipper”. Teknik scalper adalah satu teknik trading aras yang paling tinggi, hal ini kerana untuk menjadi seorang trader gaya scalper memerlukan disiplin yang tinggi dan kawalan emosi yang tepat setiap kali melaksanakan pembelian dan jualan. Biasanya, sukar untuk menjumpai trader yang berjaya dengan teknik ini konsisten menjana keuntungan, disamping yuran untuk belajar teknik ini pastinya mahal jika dibandingkan dengan yuran belajar teknik yang lain.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page