top of page
Search
Writer's pictureJERUNG SAHAM

Trading Heroes : Ed Seykota – Teknik Trend Following


Latar Belakang

Edward Arthur Seykota dilahirkan pada 7 Ogos 1946. Ed Seykota adalah peniaga dan pedagang komoditi (komoditi bermaksud barangan daripada perladangan, bahan mentah dan bahan galian. Ed Seykota telah memperoleh ijazah SB dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Pengurusan dari MIT Sloan School of Management, kedua-duanya pada tahun 1969.

Ed Seykota menetap di Incline Village, Nevada iaitu di pantai utara Tasik Tahoe, tetapi telah berpindah ke Texas. Ed Seykota adalah peniaga komoditi Belanda kelahiran Amerika. Untuk mendalami ilmu teknikal dan pedagangan, Ed Seykota telah belajar secara sendirian dan belajar melalui pengalamannya. Pada tahun 1970-an, Ed Seykota telah mencipta dan mengembangkan sistem perdagangan berkomputer komersial pertama dalam menguruskan wang pelanggannya di future market.

Ed Seykota adalah cikgu dan mentor perdagangan, ramai anak didiknya kini telah menjadi perdagang yang hebat dan terkenal, termasuk Michael Marcus, David Druz dan Jason Russell dari Salida Capital. Pencapaian Ed Seykota yang paling mengagumkan dan terkenal adalah dapat mengembangkan modal pelanggannya dari $ 5,000.00 menjadi $ 15,000,000.00 iaitu peningkatan sekitar 300,000% dalam masa 12 tahun. Ringkasnya, Ed Seykota sangat terkenal sebagai peniaga komoditi terhebat sepanjang masa, Ed Seykota adalah seorang yang rendah hati dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana (low profile).


Kerjaya Ed Seykota dalam perdagangan

Ed Seykota telah mulakan kerjaya perdagangan pada tahun 1970-an Ketika bekerja di sebuah syarikat broker utama. Semasa bekerja di sini, Ed Seykota telah mengembangkan satu sistem perdagangan yang pertama kalinya dikomersialkan bertujuan untuk menguruskan wang di future market. Setelah pelancaran sistem miliknya sendiri, berlaku beberapa perselisihan mengenai kaedah sistem pengurusan kewangan diantara Ed Seykota dengan broker tempat kerjanya. Justeru, Ed Seykota memutuskan untuk keluar dari tempat kerjanya, supaya boleh bergerak secara sendirian.

Pada pertengahan tahun 1988, Ed Seykota telah berjaya menaikkan salah satu akaun pelanggannya yang mempunyai modal $ 5,000 menjadi $ 15,000,000.00, kemudian meningkat sekitar 300,000% secara tunai. Justeru, jika kita andaikan pengeluaran dengan pertukaran nilai semasa hari ini, akaun mampu meningkat lebih dari 1 juta %. Ed Seykota adalah pedagang komoditi, pada tahun 1970 telah mempelopori sistem perdagangan berkomputer, yang kini dikenali sebagai Sistem Perdagangan untuk future market semasa bekerja di broker utama bersama dengan Michael Marcus. Menurut Michel Marcus, Ed Seykota jarang mengambil pelanggan baru dalam masa terdekat, Ed Seykota lebih gemar mengembangkan modal sedia ada menjadi lebih besar dalam teknik trend following. Selain itu, Sebilangan besar kejayaan Ed Seykota telah dikaitkan dengan penggunaan sistem perdagangan berkomputer yang pertama kali dan uji pada komputer utama IBM.

Seterusnya, Ed Seykota telah menubuhkan syarikat brokernya sendiri, Ed Seykota telah menggunakan sistemnya perdagangan yang tersendiri untuk setiap pelanggannya. Pada tahun yang sama, Ed Seykota telah mencipta sistem perdagangan berkomputer, setelah membaca sepucuk surat oleh Richard Donchian mengenai penggunaan mechanical trend following systems for trading dan Donchian's 5- and 20-day moving average system. Ed Seykota juga terinspirasi oleh buku Reminiscences of a Stock Operator by Edwin Lefèvre. Akhirnya, Ed Seykota telah membangunkan sistem perdagangan pertamanya berdasarkan exponential moving averages (EMA). Menurut Ed Seykota, “Systems don’t need to be changed. The trick is for a trader to develop a system with which he is compatible”.


Setelah tercipta sistem perdaganganya sendiri, Ed Seykota sentiasa memperbaiki sistem ini dari masa ke masa, supaya sistem perdagangannya sesuai dengan perbagai keadaan market semasa. Justeru, dengan sistem perdagangan asas ini, Ed Seykota telah memperkenalkan lebih banyak peraturan, antaranya, penambahan pattern triggers dan money management algorithms. Bukan itu sahaja, kejayaan Ed Seykota didorong oleh sikap optimisnya dan minat yang terlalu mendalam dalam berdagang. Oleh yang demikian, sikap dan minatnya ini telah menyebabkan Ed Seykota terus menerus memperbaiki sistem perdagangannya tanpa mengubah indicator yang digunakan supaya boleh digunakan dalam pelbagai situasi dan keadaan pasaran setiap kali melakukan pembelian dan penjualan.

faktor ini meneruskan usahanya untuk terus memperbaiki sistemnya walaupun dia tidak pernah mengubah petunjuk tindak balas sistem dan sebaliknya merangsang rangsangan pasaran.


Peraturan Perdagangan (Trading Rule)

Huraian 5 peraturan yang digunakan oleh Ed Seykota setiap kali melakukan pembelian, jualan dan hold. Penerangan setiap peraturan ini adalah bergantung pada pembacaan teknik Ed Seykota dan pengalaman sendiri penulis dalam berdagang saham.


Peraturan 1: Cut losses

Menurut kajian sistem trading Ed Seykota, cut loss adalah sangat penting untuk melindungi modal yang digunakan untuk berdagang saham. Ed Seykota akan cut loss awal supaya dapat mengurangkan kerugian berdasarkan keadaan chart, antara kaedah cut loss yang digunakan adalah menjual (cut loss) apabila harga telah jatuh dibawah garisan indicator EMA yang telah ditetapkan. Ed Seykota sangat tegas dengan pendirian dan tindakan melakukan cut loss. Hal ini kerana tiada istilah untuk berharap dengan keadaan harga yang sedang menjunam untuk naik semula, terima kenyataan sedang mengalami kerugian, kemudian, segera melakukan penjualan supaya modal yang berbaki dapat membeli pada kaunter yang dijangka boleh menjana keuntungan. Oleh itu, tiada “teknik harapan” yang berada dalam trading sistem Ed Seykota, yang ada hanyalah, apabila dalam keadaan rugi, segera cut loss tanpa ragu-ragu, kemudian beli kaunter yang lain. Disiplin cut loss ini tidak ramai yang memilikinya, percayalah, apabila berani melakukan tindakan cut loss, peluang untuk membuat keuntungan yang besar pasti akan berjaya diperoleh pada pembelian di kaunter yang lain.


Peraturan 2: Ride Winner

Maksud dari ride winner oleh Ed Seykota adalah apabila membeli sesuatu kaunter, kemudian kaunter itu sedang mendaki. Hold kaunter tersebut selagi belum menunjukkan tanda kejatuhan. Contohnya, membeli saham ABC di area resistance dan EMA dalam keadaan uptrend, setelah pembelian dilakukan, harga saham ABC terus meningkat naik, waktu ini, jangan jual saham ABC ini. Tiada ketetapan harga untuk penjualan atau take profit. Seterusnya, untuk penjualan dan take profit, antaranya bergantung pada indicator EMA, sekiranya harga jatuh, kemudian EMA yang uptrend telah bertukar kepada downtrend, penjualan boleh dilakukan, selain itu, menggunakan keadaan situasi harga iaitu penjualan di kawasan resistance dan support.


Peraturan 3: Keep Bets Small

Ed Seykota sentiasa disiplin membeli sesuatu kaunter dalam jumlah yang kecil bergantung pada keadaan modal untuk berdagang. Pembelian ini bertujuan untuk memudahkan kawalan emosi, keuntungan dan kerugian. Hal ini kerana apabila membeli pada jumlah modal yang besar menyebabkan emosi lebih mudah terganggu. Bukan itu sahaja, dengan jumlah modal yang besar menyebakan pembelian dalam kuantiti yang besar, apabila harga jatuh 2% dari harga beli telah menyebakan kerugian yang sangat besar. Pembelian dalam kuantiti yang besar ini juga didorong oleh sikap tamak. Secara tuntasnya, untuk mengatasi masalah emosi, greed dan fear. Menetapkan pembelian pada jumlah yang kecil di setiap pembelian adalah satu disiplin yang sangat penting. Bukan itu sahaja, pembelian pada jumlah yang kecil dapat memberi peluan untuk membeli di kaunter yang lain daripada baki modal yang tersedia. Contohnya, memiliki modal $50,000 di dalam akaun. Pembelian boleh di lakukan sebanyak 5 kali di kaunter yang berbeza dengan nilai modal 10,000 di setiap kaunter. Oleh itu, sekiranya 4 kaunter mencipta keuntungan manakala 1 kaunter mengalami kerugian. Keputusan dari membeli 5 kaunter ini adalah untung atau keuntungan melebihi kerugian. Secara terperinci, keep bets small adalah satu kaedah money managements yang penting dalam pengurusan modal untuk berdagang. Bukan itu sahaja, peraturan 3 dari Ed Seykota ini mengajar untuk pecahkan modal, supaya membeli banyak kaunter dalam satu-satu masa, sebenarnya adalah untuk mencipta lebih banyak peluang mencipta keuntungan jika dibandingkan pembelian hanya 1 kaunter sahaja dalam satu-satu masa.



Peraturan 4: Follow the Rule Without Question

Peraturan ke-4 ini sangat penting untuk setiap trader dalam melakukan setiap tindakan dalam berdagang saham. Setiap trader haruslah memiliki rule atau trading plan untuk melaksanakan setiap kali pembelian dan jualan. Oleh itu, Ed Seykota sangat disiplin dalam berdagang berpandukan trading plan yang telah dicipta. Setiap pembelian, jualan dan hold perlulah berpandukan trading plan yang telah ditetapkan. Contohnya, apabila melaksanakan pembelian, kemudian harga jatuh ke paras cut loss, waktu ini tiada andaian atau hujah untuk tidak melakukan cut loss, sebaliknya cut loss dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Begitu juga apabila, selepas pembelian telah dibuat, harga telah mendaki ke paras resistance dan harga jatuh sedikit, waktu ini harga tidak berjaya melepasi resistance, justeru, penjualan perlu dilakukan tanpa ada andaian dan hujah-hujah yang mengatakan harga akan naik. Menurut Ed Seykota, apabila seorang trader ikut trading plan yang telah dicipta, kemudian menggunakannya, pasti trader itu akan berjaya berbanding trader yang sering mengubah trading plan dalam tempoh yang singkat.


Peraturan 5: Know When to Break The Rule

Apabila seorang trader itu memiliki trading plan, kemudian telah menggunakannya melebihi 1 tahu. Pastinya akan tahu untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan trading plan bergantung pada situasi dan keadaan market semasa. Antara situasi yang berkait dengan peraturan ke-5 ini adalah sekiranya pembelian telah dibuat, harga naik mencapai paras resistance, kemudian harga menjadi sideway dalam berberapa hari dan volume jualan lebih sedikit dari volume pembelian, waktu ini, penjualan tidak perlu dilakukan kerana situasi ini berkemungkinan harga akan boleh naik pada hari yang akan datang. Situasi yang lain pula adalah apabila pembelian dilakukan, harga telah jatuh ke paras support, menurut trading paln, waktu ini penjualan perlulah segera dibuat, tetapi tindakan hold boleh dibuat sekiranya kaunter ini memiliki fundamental analysis yang positif seperti Quarter Report yang untung dan berita yang bagus.


Ringkasan

Ed Seykota ini adalah trading heroes saya, untuk dijadikan rujukan dalam dunia pelaburan saham. Teknik trend following yang di gunakan oleh Ed Esykota adalah sesuai untuk trade mid term dan long term. Banyak ilmu dan pendedahan melalui cara Ed Seykota berdagang, antaranya trading plan, kawalan emosi dan money management.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page