Disini saya senaraikan 5 buku rujukan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan nasihat dalam pelaburan saham.
No 1: Market Wizard: Interview with Top Trader – Jack D. Schwager
Kandungan buku ini adalah menceritakan pengalaman kejayaan dan kehebatan trader dalam dunia saham. Ramai tokoh yang ditemubual oleh Jack D. Schwager supaya pengalaman dan perjalanan seorang trader itu dapat diceritakan dengan lebih jelas dan terperinci. Seterusnya, antara tokoh-tokoh perdagang yang tersenarai adalah Michael Marcus, Bruce Kovner, Richard Dennis, Paul Tudor Jones, Gary Bielfeldt dan ramai lagi.
No 2: Reminiscences of a Stock Operator – Edwin Lefèvre
Buku ini menceritakan tentang perjalanan kerjaya Jese Livermore dalam dunia pelaburan saham bermula dari tahun 1890 hingga 1920. Buku ini mendapat banyak penghargaan di serana dunia. Buku ini juga menjadi inspirasi Ed Seykota untuk mencipta sistem perdagangannya yang pertama menggunakan sistem komputer pada tahun 1980.
No 3: How to Make Money in Stocks: A Winning System in Good Times or Bad – William James O'Neill
Pengarang buku ini adalah pemilik stock brokerage yang dikenali sebagai William O'Neil & Co. Inc yang ditubuhkan pada 1963 terletak di Los Angeles. Dalam buku ini menceritakan tentang strategi pelaburan yang diberi nama CAN SLIM oleh Willam J. O'Neill. Sistem pelaburan CAN SLIM ini adalah hasil dari gabungan technical analisis dan fundamental analysis untuk membuat setiap keputusan membeli dana menjual saham. Penerangan yang jelas memudahkan perdagang dan pelabur saham untuk memahami sistem pelaburan ini.
No 4: Nature's Law: The Secret of the Universe (Elliott Wave) – Ralph Nelson Elliott
Istilah Elliott Wave Theory merujuk kepada teori dalam analisis teknikal yang digunakan untuk menggambarkan pergerakan harga di stock market yang dicipta oleh Ralph Nelson Elliott pada 1930. Teori adalah hasil kajian perbagai jenis indek dalam time frame mingguan, bulanan dan tahun. Elliott Wave memiliki 5 impulse wave dan 3 corrective wave, juga dikenali sebagai “5-3 move”. Justeru, Teori Elliott Wave ini bertujuan untuk memudahkan perdagang dan pelabur saham untuk membuat jangkaan pergerakan harga untuk masa depan.
No 5: Charting the Stock Market: The Wyckoff Method – Jack K. Hutson
Richard Demille Wyckoff telah menceritakan tentang teori Wyckoff di dalam bukunya Stock Market Technique pada tahun 1933, kemudian diolah semula oleh Jack K. Hutson pada tahun 1991 untuk penerangan yang lebih jelas. Richard Wyckoff dikenali sebagai legendary technical analysis, teori yang dikeluarkan telah digunakan bertahun-tahun sehingga era moden. Seterusnya, teori ini menceritakan tentang psikologi harga, kawalan risiko dan jangkaan pergerakan harga. Bukan itu sahaja, keunikan teori Wyckoff ini boleh membantu untuk mencari lokasi yang tepat untuk masuk membeli di kesemua keadaan harga samaada uptrend, downtrend dan sideway.
Kesemua buku ini boleh didapatkan dalam Amazon, yang bernilai dari 9.00 usd hingga 18.00 usd. Pentingnya membaca daripada buku-buku perdagangan dan pelaburan adalah dapat membaiki sistem perdagangan untuk konsisten menjana keuntungan dalam perniagaan saham. Percayalah, lebih banyak membaca pasti lebih banyak ilmu yang didapatkan disamping menjadi batu loncatan untuk terus berjaya dalam perniagaan saham dan mampu bertahan seperti tokoh-tokoh perdagang dan pelabur saham yang terkenal.
Comments